Wednesday, April 20, 2016

Mary Kay And Me :)


Assalamualaikum and good morning! :)

Dalam dunia Mary Kay, setiap masa adalah GOOD MORNING. Jadi tak kisah la saya update jam berapa, it will be ... GOOD MORNING EVERYONE.

Kenapa GOOD MORNING?
Sebab waktu pagi kan kita bermula FRESH. Segalanya bermula dengan pagi. SEGAR, BERTENAGA. Itu aura pagi. Jadi dalam Mary Kay, kita akan sebut aura-aura best dan segar saja. Tak nak selamat malam .. itu utk tidur :P

Saya mula join Mary Kay pada 5 oktober 2015. Masa tu saya belum tahu sangat tentang Mary Kay. Saya tau dia jual produk kecantikan saja. Mahal pulak tu. Saya join sebab saya terpanggil untuk tahu apa yang istimewanya bila jadi "beauty consultant" atau Perunding Kecantikan dalam bahasa melayu.

Bukan Make up artist, bukan beautician, bukan salesgirl.

Dan ini bukan MLM.

Inilah MARY KAY WAY.

Dalam Mary Kay, kita memegang kukuh 3 prinsip penting ..



GO-GIVE SPIRIT
Salah satu ciri yang penting dalam perniagaan Mary Kay adalah "GO -GIVE Spirit". Saling berkongsi dan saling menyayangi. Maksudnya, apa-apa keperluan yang melibatkan sumbangan tenaga, idea, cadangan kita diajar untuk banyak memberi. Semangat "sedekah". Betul tak? dalam islam, sebenarnya semangat ini adalah sangat sangat dianjurkan. Memberi lebih baik dari menerima. Sedekah memanjangkan umur dan menyucikan hati ;)


THE GOLDEN RULES
"layani orang lain sepertimana anda ingin dilayani"
Contoh :
bila ada seorang customer telah pernah membeli lipstick Mary Kay dari Beauty Consultant yang lain, dan kali ini dia ingin membelinya semua dari kita. Boleh tak boleh?

kalau ikut golden rules; tak boleh. Sebab itu adalah customer Beauty consultant yang lain. Kalau customer kita dicaras orang lain, kita tak suka atau tak suka? Tak suka kan ? Itu yang saya suka dalam mary kay. Tak perlu la kita nak ingatkan orang ttg prinsip kehidupan, mmg akan diajar satu satu. Terpulang juga kepada individu tu nak follow atau tidak.

MAKE ME FEEL IMPORTANT
Dalam perniagaan Mary Kay mengajar kami tentang pentingnya "membuat orang lain" merasa istimewa. Special. Important. Each person is imporant.

MAKE PRIORITIES
Dalam ketiga-tiga ni, yang paling saya JATUH HATI adalah prinsip ini. Make Priorities. Pertama -Tuhan, Kedua - Keluarga, dan ketiga - Kerjaya.

Saya kan surirumah. Rumah, anak-anak dan Suami adalah keutamaan saya di rumah. Jadi walau apa pun pilihan saya dalam kerjaya, saya akan mengutama kan yang utama. Keutamaan saya untuk memperuntukan masa saya kepada Allah, kemudian kepada keluarga dan barulah kepada sesuatu yang dapat memberi tambah nilai dalam kehidupan saya.

Apa yang saya maksudkan dengan tambah nilai - Saya dapat banyak ilmu. Saya bermula dari 0. Tak tau sangat tentang penjagaan kulit. Tahu la sikit tapi sebenarnya yang saya tahu ada yang tak betul. Dalam Mary Kay, banyak kelas-kelas percuma yang dijalankan. Cuma perlu aturkan masa agar semua jatuh pada masa yang sesuai.

Setiap perkembangan, usaha dan aktiviti dalam Mary Kay, kita akan rasa dihargai. Kerana itu lah asas dalam Syarikat ini. Syarikat ini penuh dengan kasih sayang dan penghargaan.

Setakat itu dulu perkongsian saya tentang Mary Kay. Di blog ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk update perkembangan career saya dalam Mary Kay. Dan di blog ini juga saya akan berkongsi dengan anda semua tentang penjagaan wajah yang betul. Saya akan bagi sebaik dan sebanyak mungkin. Kerana ilmu harus dikongsi. Ini adalah inisitif yang saya ambil, untuk amalan GO GIVE. Selebihnya, segala usaha biar Allah saja yang Maha Memberi.

-Love-
Effah
MK.

No comments:

Post a Comment

Permulaan atau pengakhiran ?

Salam, hello hi! Siapa tahu permulaan atau pengakhiran seseorangkan ? Saya selalu seorang yang optimis , tetapi tidak juga lari kekadan...