Thursday, April 21, 2016

Mary Kay - Bagaimana akhirnya jalan ini yang saya pilih.

Hari ni, saya nak berkongsi dengan anda, macam mana saya boleh bermula. Terus terang saya katakan, saya tak berminat dengan MLM, direct selling. Saya pernah menjadi ahli amway dan shaklee. 

Tapi 2-2 pun saya masuk sebab saya nak tolong kawan. "Roh" berniaga tak masuk. Lagi pun saya kurang berminat ttg produk tersebut... "Not my passion"

Akhir tahun 2014, saya bermula berniaga minuman collagen dan barang2 kecantikan. Alhamdulillah. Saya dapat apa yg saya nak, tapi masih rasa kekurangan di situ. 

Saya menjual, tapi takde ilmu. Saya menjual, tapi saya tak boleh membantu. Saya menjual, kosong dan dapat duit at the end of transaction. Tapi saya tidak mendapat kepuasan. 

Bila kakak ipar saya (recruiter saya) join Mary Kay (MK) saya terus berfikir. Kenapa dia join? Dari situ, saya ambil tahu "kenapa". Dan dari situ, saya terus tutup mata, saya stop perniagaan sebelum tu, dan saya start MK. Bermodalkan RM250, saya mendapat starter Kit seperti dibawah. 


Bermula di situ, saya bermula dgn buat MK party. Jemput kawan2 breakfast. Hehe. Tapi kemudiannya, saya ajak mereka cuci muka. Spa di rumah saya! Saya bermula dari kosong. Jadi saya tak tau sangat apa2. Sales Director yang banyak guide saya. Sales Director saya - SD Faustina. Baik dan cantik orgnya. 


Scc pertama saya. Ia mendatangkan hasil. Mungkin impak dan sokongan dari SD yg sanggup datang dari jauh dan buat SCC utk saya. Recruiter saya masa tu masih bekerja. Tapi dia pun selalu guide - sbb dia lebih banyak hadiri kelas berbanding saya. 

Di bawah, adalah kursus pertama saya! Seronok! Teruja! Dan balik dari situ, saya rasa semangat! Kenapa? Ia mengajar saya untuk berimpian semula. 

Ingat tak masa kita kecil dulu? Kita sangat bersemangat, happy and hassle free? Why? Because we believe in dream. We believe in ambition. One day, saya akan jadi ..... Nanti saya nak kerja ini.... Besar nanti saya nak ...... The list of impian, harapan is endless. Tk buat apa pun, lepas berimpian kita main, happy2. 😂

Di sinilah kekuatannya. Saya merasa seakan semangat lama datang semula. Saya lebih ceria. Lebih bersemangat. 





Gambar di atas , antara kelas2 yg saya, unit meeting yg saya hadiri... 

Nak cerita pasal achievement??? 

Kena buat post lain la pula. Sebab walau pun baru beberapa bulan, penuh almari saya dgn hadiah2 dari MK. Dari SD. Dari SSD. 😂😂😂 

Dan saya juga berjaya move up career path. Dalam sedar tk sedar la kan. Dalam kesibukan tugas hakiki sebagai SURIRUMAH SEPENUH MASA, saya telah berjaya achieve satu lagi tangga dalam MK. Red jacket university. Woohooo... 

And I AM unstopable! 


Nak tahu lebih lanjut? 
Nak rasa lebih bersemangat? 
Nak dapat lebih dari "duit" dalam bisnes anda sendiri? 

Hubungi saya, saya akan cuba bantu sehabis baik. 

Effah Mk 
019-8222743 (whatsapp only) 
Independant Beauty Consultant 
Mary Kay Malaysia 

No comments:

Post a Comment

Permulaan atau pengakhiran ?

Salam, hello hi! Siapa tahu permulaan atau pengakhiran seseorangkan ? Saya selalu seorang yang optimis , tetapi tidak juga lari kekadan...