Friday, October 2, 2015

Love unconditionally



Love unconditionally

With money or nothing really
Its not blood or penny
Its just pure love unconditionally... 

True happiness is something 
money can't buy
Blood can't tie
Hearts can't lie 
When love meets gratitude 
And everything is just nice 
And enough. 



Thursday, October 1, 2015

Eyla's Wedding






Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan anak buah saya. Majlis ringkas dan dipermudahkan. Benda baik jangan disulitkan. Dengan restu dan dengan kasih, maka majlis berakhir dengan penuh bererti. 

Keluarga Besar
Keluarga saya besar. Memang besar. Mungkin ada lebih besar. Tapi saya rasa keluarga saya cukup besar. Arwah ayah orang melaka, berkahwin dengan mummy dan makcik kayah (bermadu). Dan hasil dari itu, mummy saya ada 5 orang anak, dan makcik kayah ada 5 orang lagi. 10 adik beradik in total . Cool kan? 

Alhamdulilah. Gaduh tu ada lah sikit2. Manusia mana boleh lari dari "needs and greeds". Tapi alhamudulillah, kami ada "love and care" at the end of the day, kami sedar kami sayang keluarga kami <3

Selamat pengantin baru Eyla dan Azmi! Semoga berbahagia sampai ke jannah Allah SWT.  <3

Hentam kalau tak suka.

Realiti. Orang takkan dapat kesan dimana dia buat silap. Terutama bila nak menentang orang yang lama dia "aim". Tunggu masa orang yang dia tak suka tu nak buat silap. Bila dapat saja peluang. "Terus hentam sampai puas".


Benda ni saya terfikir ketika saya memerhati, photographer, blogger, author terkenal dimaki hamun sebab memberi kenyataan tentang Haramain (Tanah Haram). Saya pun baru belajar istilah "haramain" ni. Saya tak nak ulas tentang apa penulis tu tulis tentang Haramain. Mungkin ada kebenaran, sebab penulis bukan orang sembarangan nak menulis begitu. Melihat dari sisi positif, beliau hanya ingin share saja, tidak ada niat untuk populariti atau 'over'. I dont know. Itu pendapat saya. 


Tapi saya cukup kesal dengan bahasa melayu yang sering keluar di FB sekarang. Naik geram. Rasa meluat.Sumpah seranah sebakul. Penulis delete post pun kena sindir, tak delete pun kena hentam. Dah minta maaf siap tanya "ikhlas ke"? .  Rasa nak keluarkan semua Super Power Ultraman - Keyboard Warrior yang ada dalam diri ni, nak balas setiap komen. "mu ghapo... ko dah kenapa .. kenapa bha kau ni?" 


Betul kata penulis tu, orang sekarang suka baca sisi fantasi. Tak mahu mendengar masalah setempat agar sama-sama dapat kita jadikan pengajaran, iktibar, mungkin juga dapat bantu untuk memperbaiki apa yang patut. Semua nak dengar yang best-best okay. Yang baik-baik ajer. Op kos lah, yang baik-baik tu bagus. Kalau ada yang tidak sependapat dengan kita, tak semestinya orang tu salah. Kita tak tau apa yang ada di hati orang. Tak sependapat tu normal. Maki hamun tu memang melampau. 

Monday, September 21, 2015

Weekend updates.

Hai hai hai

Hari ni kan, saya rasa a bit depressed. Bukan a bit. A lot. With no reason. Seriously, take suka betul. Sakit pinggang pun tak mengurang dari last week. Sakit pinggang tu datang dengan tiba-tiba. Masa tu nak turun dari kereta (sedang angkat Ammar yang tidur) tiba-tiba pinggang rasa terkehel. Seriuos sakit. Masa berjalan tak rasa sangat. Rasa sakit bila transition between duduk atau baring ke position nak berdiri. (bongkok sakit)


Plus, dengan kerja di rumah yang tak pandai nak habis. Last week baru je settle susun atur balik bilik anak-anak dan kain - kainan kat rumah ni. This week, kain sudah datang 3-4 bakul. Ya ALLAH. Memang rasa frust sangat. Oh not to mention jualan Toujours slow macam nak mam***. Is it because of fake product yang berleluasa? atau belum gaji? 2-2 rasa nya kan ... 


Weekend baru ni baru la start balik ada customer whatsapp. Alhamdulillah.


Well, anyway, hari ni masak simple. Masak macam tak nak masak. Masak assam pedas kosong dengan ikan kerisi goreng. Nasib juga lah suami saya tak cerewet. Nasib lah dapat kita yang femalas ni. Bukan malas hari-hari. Kekadang je. Eh ;)


Ini gambar semalam. 
Bawa anak-anak makan UPPERSTAR. Makan apa ? Ohohoh, saya sudah bertaubat dari mengambil gambar setiap masa sebelum makan. Sebab bila nak buat begitu rasa bersalah dengan orang kat Syria, orang kat Palestine, paling paling pun kesian kat orang-orang yang tak mampu untuk makan sedap-sedap masa kita makan sedap-sedap. Mungkin bukan pasal duit, pasal kedudukan geografi contohnya. Itu contoh.



Keliru kan dengan Ammar, kalau nak gambar mesti nangis, kalau nangis mesti masa tu Umi ambik gambar. Bukan sengaja tau! Tapi dia memang suka tinggalkan kenangan nanges. Walhal sebelum tu bukan main gelak dan lasak...  ini dia nanges sebab takut dengan Minion. Dari jauh dia nangis nak dekat. Dah dekat dia takut nak ambik gambar. Ini kt 1Borneo

1Borneo pun sudah sangat best. Tak macam dulu. Sekarang macam-macam event ada. Minggu lalu saja ada PESTA BUKU BORNEO. Ada festival apa namanya tak tau. Tapi ada macam-macam permainan untuk kids. Memang terbaik lah. I mean kalau suh saya pilih nak kemana, saya pun macam budak-budak. 1B cukup dah. Ada GSC, ada UPPERSTAR ada Starbuck, ada Kaison, ada daiso dannnn ada SSF (yang saya tak masuk-masuk lagi) bila nak masuk pun tak tau. ~.~




Sunday, September 20, 2015

Mula Bertapak


Teringat pula masa Ammar masih baby dulu. Masa tu juga lah saya start struggle memulakan bisnes kecil-kecilan. Ntah dari mana datangnya semangat dan rasa nak berniaga. Memang arwah Ayah dulu orang bisnes. Arwah abah pun begitu. Cuma, mungkin rasanya, semangat nak berniaga datang lewat. Masa ni juga modal bukan seberapa. 

Tapi aku percaya, percaturan Allah bukan sia-sia. Satu perkara aku alami ke satu perkara lain mengajar aku banyak pelajaran hidup yang sebelum ni tiada dalam kamus hidup aku. Bila berbisnes ni, perasaan "tawakkal" sangat dekat di hati. Tidak seperti sebelum ini. Konsep berserah tidak sepenuhnya, sebab kita rasa kita boleh kawal keadaan dan kewangan.

Bila berbisnes, semua percaturan kita tunggu dan lihat. USAHA dan DOA. Selebihnya, kena tunggu. Tunggu customer. Sabar. Sabar mencari customer. Sabar meneruskan usaha, walau kadang tak nampak ke arah mana usaha itu akan bawa kita. 

Mungkin itu la sebabnya Rasulullah S.A.W menganjurkan kita berniaga walaupun sudah kaya. Supaya hati kita sentiasa letak pengharapan dan diri kita dalam ketentuanNya. 


Rumah Baru, Semangat baru lah hendaknya.


Setelah berfikir agak panjang (imagine lah kan, saya berfikir-fikir dan fikir) akhirnya saya membuat keputusan untuk buat blog baru. hahaha. Pemalas nak update blog lepas tu nak buat blog baru. Menghabiskan space di blogger.com je kan ? Rasa kena ubah angin. Nak pindah rumah fizikal, belum ada rezeki, jadi kita pindah rumah blog je lah. 

Sudah tentu ia masih berkisar tentang kehidupan saya sebagai seorang surirumah dan Umi kepada 3 orang cahaya mata yang sangat membahagia (dan membuat saya kelam kabut, stress dan penuh (fully occupied)!). Masih lagi saya - yang malas nak update blog ( takde idea ). Tapi kali ni, mudah-mudahan aura blog baru, ada semangat la sikit. 

Chao.


Permulaan atau pengakhiran ?

Salam, hello hi! Siapa tahu permulaan atau pengakhiran seseorangkan ? Saya selalu seorang yang optimis , tetapi tidak juga lari kekadan...