Thursday, October 1, 2015

Hentam kalau tak suka.

Realiti. Orang takkan dapat kesan dimana dia buat silap. Terutama bila nak menentang orang yang lama dia "aim". Tunggu masa orang yang dia tak suka tu nak buat silap. Bila dapat saja peluang. "Terus hentam sampai puas".


Benda ni saya terfikir ketika saya memerhati, photographer, blogger, author terkenal dimaki hamun sebab memberi kenyataan tentang Haramain (Tanah Haram). Saya pun baru belajar istilah "haramain" ni. Saya tak nak ulas tentang apa penulis tu tulis tentang Haramain. Mungkin ada kebenaran, sebab penulis bukan orang sembarangan nak menulis begitu. Melihat dari sisi positif, beliau hanya ingin share saja, tidak ada niat untuk populariti atau 'over'. I dont know. Itu pendapat saya. 


Tapi saya cukup kesal dengan bahasa melayu yang sering keluar di FB sekarang. Naik geram. Rasa meluat.Sumpah seranah sebakul. Penulis delete post pun kena sindir, tak delete pun kena hentam. Dah minta maaf siap tanya "ikhlas ke"? .  Rasa nak keluarkan semua Super Power Ultraman - Keyboard Warrior yang ada dalam diri ni, nak balas setiap komen. "mu ghapo... ko dah kenapa .. kenapa bha kau ni?" 


Betul kata penulis tu, orang sekarang suka baca sisi fantasi. Tak mahu mendengar masalah setempat agar sama-sama dapat kita jadikan pengajaran, iktibar, mungkin juga dapat bantu untuk memperbaiki apa yang patut. Semua nak dengar yang best-best okay. Yang baik-baik ajer. Op kos lah, yang baik-baik tu bagus. Kalau ada yang tidak sependapat dengan kita, tak semestinya orang tu salah. Kita tak tau apa yang ada di hati orang. Tak sependapat tu normal. Maki hamun tu memang melampau. 

No comments:

Post a Comment

Permulaan atau pengakhiran ?

Salam, hello hi! Siapa tahu permulaan atau pengakhiran seseorangkan ? Saya selalu seorang yang optimis , tetapi tidak juga lari kekadan...